Wednesday, June 8, 2011

Industrial Training..

Dah 6 minggu dah aku LI..macam cepat je..huhu..aku sekarang buat LI dekat ngan umah aku..kat Wrosdee Resources..ni syarikat kontraktor..untuk projek ni..this company upgrade Jalan Morak-Kebakat-Cabang 4 Tok Mek Ngah..1st week start keje..kami pergi main ofis kat kb..agak bosan la duduk kat sana..maklum la..tak ada keje..dok borak2 n baca drawing..huhu..

Second week..aku ke site ofis..huh!!best la..sebab dekat ngan umah..hahaha..beberapa minit duduk kt situ..the 1st guy tegur..oh no..this guy..yang aku usha 7 tahun lalu..haha..excited ke..??hmmm..masa aku usha dia dulu..aku tengah sekolah..masa tu form 2..dia buat projek jalan depan umah aku..hehehe..sekarang dia dah jadi projek manager..best nya..

Tak sangka pulak leh jumpa balik..aiseh..time kat sekolah dulu..aku pernah bercita-cita nak menyertai this company..atleast dapat gak walaupun hanya sebagai trainee..that guy walaupun umur dah hampir 40..tapi still muda and ensem macam aku tengok 7 tahun lalu..tapi sayang..dia belum kawen lagi..isk isk isk..

ada 4 minggu lagi untuk LI..aku tak tahu perasaan aku sekarang..sedih or happy..macam tak nak habis pon ada..sebab staff kat company tu baik2..layan aku tak macam trainee..boss pon baik..humble..macam setaraf dengan workers..walaupun nanti dah habis..facebook kan ada..connecting people..haha..

ok..happy holiday semua..:)



Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu



ma, mama, mummy,ibu, umi,mum,mak dan macam2 lagi panggilan kita panggil emak kita..sangatlah menarikkan..sebanarnya..hari-hari ialah hari ibu..tapi sebagai orang yang paling kita kasih..kita sanjung..kita hormat..kita sayang dan macam2 lagi sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada anaknya tidak kira masa..

tapi sesetengah orang tu akan hargai ibu mereka hanya pada hari istimewa..contohnya hari ibu..anniversary ibu..dan birthday ibu kita..semua sudah maklum tentang pengorbanan ibu..jadi aku malas nak cerita balik..sebab nanti akan jadi bosan..hikhikhik..so..sebagai anak..hargai ibu sementara beliau masih hidup..jangan jadi anak derhaka(pesanan untuk diri sendiri jugak..) dan bagi yang sudah kehilangan ibu..jadilah anak yang soleh..doakan ibu kita yang sudah tiada..3 perkara yang dihitung di akhirat kelak termasuklah doa anak yang soleh..

love u ma..HAPPY MOTHER'S DAY..u are a great mother ma..always in my heart..cannot change with anyone..thanks for all u do..i try to be a good daughter..

Tuesday, May 3, 2011

esok harinya..

kalo tengok title tu macam something yang amat menakutkan..mengalahkan nak kawen pulak..haha..padahal industrial training je pun..kuang3..tapi tak pe la..first time nak 'keje' kononnya..kahkahkah..baru nak merasa alam pekerjaan sebenar..sebelum ni hanya belajar teori je..hehe..


harap esok n hari2 mendatang tiada apa2 masalah..semua berjalan dengan lancar..hopefully..ameen..
esok start pukul 9 untuk lapor diri..then lepas tu kena buat apa ek..??dok berangan je kot esok kat ofis..hehe..tak pe..aku boleh borak2 ngan kawan..nasib jugak la dapat sekali..kalau aku sorang..tak tahu la nak buat apa kan..


for all my friends..enjoy ur LI tomorrow..hehe..

Sunday, April 24, 2011

4 GOLONGAN LELAKI YANG DIHERET OLEH WANITA KE NERAKA



1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuan di dunia.dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat,mengaji dan sebagainya.dia membiarkan anak-anak perempuan
tidak menutup Aurat.Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan
dunia sahaja.maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

2.SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di
pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram.Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim,solatnya tidak pernah bertangguh,puasanya tidak tinggal,maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3.ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada,bertangjawap menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari
ajaran Islam,tunggulah herekan adiknya di akhirat kelak.

4.ANAK-ANAK LELAKINYA....
apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram
disisi Islam.bila ibu membuat kemungkaran mengumpat,memfitnah,mengata dan
sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak.Maka nantikan heretkan ibunya ke Neraka.

KEPADA SEMUA KAUM ADAM
(smga mnjadi pemimpin yg baik)
Amin.amin ya ALLAH...
(^_^)

Saturday, April 23, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI ~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena tanggungjawab ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak lelaki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
macam tak menutup aurat dengan sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untuk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

khayalan..

aku ni sejak kecik lagi suka tengok cerita..selalunya cerita melayu la kan..hehe..tak kan chinese pulak..tapi chinese pon tengok gak..kan ada subtitle kat bawah..hehe..masa tengok cerita, aku terbayang nak jadi macam dalam cerita tu..ye la..yang paling best time belajar...aku sangat suka bila ada best friend dengan bangsa and agama lain..kalau ikut cerita tu..rumah duduk dekat2..then dalam kelas duduk sebelah2..lepas tu pergi makan or doing something pun sama2..kat sini sekali je aku pernah makan sama2 dengan chinese guy iaitu dengan coursemate aku..dia memang selamba la..dia jenis tak kisah and happy go lucky..hehe..

kat sini..aku teringin nak ada best friend dari bangsa lain..then belajar sama2..kalau ada masalah boleh kongsi sama2..then kalau nak pergi makan..pergi sama2..hehehe..berangan je..tapi sampai sekarang pun tak jumpa..maybe mereka tak suka kawan dengan malay kot..hurmmm..its ok..hehe..

yang tu kalau tengok cerita melayu..time kecik2..kalau time sekarang dok tergila-gilakan cerita korea..aigoo..~semua benda nak macam korea..nak makan makanan korea la..guna sudu n chopsticks macam korea..nyanyi lagu korea..ringtone phone pon lagu korea..isk isk isk..nasib la nama tak tukar jadi nama korea..pengaruh korea kuat sangat..hehe..then kalau tengok cerita korea..mesti nak jadi macam couple dalam cerita tu..sweet kan..tapi kalau kehidupan sebenar..tak de la sweet macam tu sekali..hahaha..tu semua khayalan..

note:hope yang sweet2 tu jadi kenyataan..hehe..^^

Friday, April 22, 2011

best jadi mereka..



ermmm..kenapa aku tak jadi macam kawan2 yang lain..?dah la cantik..pandai pulak tu..huhu..kalau lelaki..dah la hensem..pandai pulak tu..hari ni geng2 aku pakat dok kira pointer..ermmm..of course la pointer aku yang paling 'baik'..tak pe la..dah memang rezeki aku setakat tu je..sem ni memang aku rasa teruk sangat and aku baru rasa kejatuhan..selalunya aku mendapat nasib yang baik sejak dari UPSR sampai aku masuk matrikulasi..bila masuk U..aku dah rasa yang aku tak dapat berada di tempat itu dah..macam orang cakap..hidup ibarat roda..kadang2 kita berada di atas n kadang2 kita berada di bawah..now, aku baru rasa kesedihan berada di bawah..huhu..tapi orang di sekeliling aku banyak bagi nasihat esp my mum and my new mama..hehe..

sekarang yang paling aku risau sekali pasal exam steel timber and traffic..adeiii..semua tu boleh menyebabkan result merudum sampai ke bawah tanah..huhu..kalau yang steel tu aku rasa dah tertanam kat dalam runtuhan bangunan dah..adeii..traffic pulak dah congested..muahaha..aku sedih sangat pasal steel..padahal benda tu aku dah ajar kawan aku yang lain pada hari sebelumnya..tapi..bila time exam..rasa blur..macam orang bodoh je..maybe sebab dah bercampur dengan timber..so..jadi tertukar step..tu la orang kata..kalau Allah nak tarik rezeki kita..bila2 je boleh..ni disebabkan aku banyak buat salah dengan orang terutamanya lecturer2 ku..kawan2..n esp my parents..huhu..sorry semua..macam mana aku nak minta maaf..?aku tak tahu pun sapa yang aku buat salah and aku tak tahu pun aku buat sapa2 sakit hati dengan aku..im sorry..:(

yang pasa exam traffic pulak..yang paling geram n bengang sebab tak cukup masa..huhu..study week hari tu memang kami pulun habis2 traffic..sebab 4 unit...then malam sebelum exam tu dah hafal formula segala..tapi time exam..adeii..sikit je formula yang perlu digunakan..tapi dia punya benda yang kena buat tu banyak sangat..kena buat table dah berapa banyak..tak campur lagi satu soalan tu kena buat benda sama tapi lain2 value..lagi sakit hati bila tengok markah kat tepi..aduhai..buat bukan main banyak..tapi 4 markah je..??arghhh!!..berbaloi ke..??!!

for next exam hari selasa ni..i will try my best untuk buat yang terbaik..chaiyok chaiyok..aja aja fighting..hehe..

note: rasa sangat2 rendah diri n segan dengan mereka semua..i know who am i..hurmm..








Monday, April 18, 2011

unlucky..

this sem memang unlucky..i hate it..!!!

ok bye..all da best untuk first paper esok..

Friday, April 15, 2011

Andai Lelaki Tahu..:)

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Rumput dan Kasih Sayang..:)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Thursday, April 14, 2011

seronok..^^

hari ni macam biasa pergi lib..then dalam pukul 12 aku pergi jumpa Dr fatimah..tanya 2 soalan je..tapi kami borak hampir 2 jam..hikhikhik..macam aku ni free je..padahal nak dekat exam..Dr pulak sibuk nak marking test hari tu..biasala..apabila perempuan jumpa perempuan..mesti sembang je..

tengah2 borak tu..Dr ada cakap suruh cari jodoh kt u..alamak..tak awal ke Dr...?haha..Dr suruh cari calon suami kat u ni..nanti dah kerja..dah tak laku..haha..adeii..kami sembang punya sembang..Dr cerita saat pertemuan beliau dengan her husband..hehe..sweetnya..dia cakap husband dia sangat pemalu..kihkih..(nak cari yang macam tu la..)..then yang ni part yang paling seronok..Dr cakap..kalau nak cari husband, cari lah orang johor..tettttt..sapa orang johor angkat tangan..!!!.nak cop boleh tak..??hahaha..~

sebabnya kan Dr cakap orang johor ni baik budi bahasa..masa tu aku terlintas kat someone..yang memang baik budi bahasa sangat2..hikhikhik..tapi sayangnya..hmmmm..
tetttt..!!

ok..bye!!!^^

p/s:selamat belajar..:)

muhasabah diri kita..:)

hidup kita ibarat roda..kadang2 kita berada di atas dan kadang2 kita berada di bawah..itu memang fitrah hidup..bila berada di atas..kita jangan lah berasa bangga diri sebab sifat riak, bangga diri dan takabur adalah sifat syaitan..dan Allah amat benci akan hambanya yang bersifat sedemikian..dan apabila kita berada di bawah..tidak semestinya Allah tidak sayangkan kita..sebenarnya Allah sedang menguji hamba-Nya supaya bersifat sabar..dan apabila kita berada dalam keadaan macam tu..kita perlulah muhasabah diri kita..apa yang pernah kita lakukan sebelum ini..

aku pun patut muhasabah diri..apa yang pernah aku lakukan sebelum ini..aku pernah sakitkan hati kawan2 aku yang lain..sakitkan hati lecturer..membuat benda yang Allah larang..leka dengan keadaan duniawi..ingat padaNya apabila perlukanNya..then apabila ditimpa musibah..siapa yang perlu aku cari..??sudah tentu la penciptaku..Allah s.w.t. sesungguhnya Dia lah Yang Mengetahui isi hati ku ini..Yang Tahu segala masalah yang aku hadapi..dan yang dapat menyelesaikan masalah aku ini..tapi aku berasa sangat jauh dari-Mu Ya Allah..aku pentingkan diri sendiri..suka menyusahkan orang lain..ramai yang dah terluka hati disebabkan aku..
adakah abah dan ma aku pun ada terluka hati dengan aku..??my siblings..??hmmm..apa yang aku patut lakukan..??

aku insan kerdil lagi lemah..aku inginkan hidayah daripadaMu Ya Allah..dekatkan aku dengan Mu Ya Allah..aku tidak mahu dibuai arus dunia ni..aku ingin kembali ke jalanMu Ya Allah..Ampun kan segala dosaku..dosa kedua ibu bapaku..dosa kawan2 ku..bantu lah kami menuju ke jalanMu Ya Allah..berikanlah kejayaan kepada aku, keluarga ku dan rakan2 ku di dunia dan kebahagiaan di akhirat..dan bukakan lah pintu hati dan berilah hidayah Mu kepada kawan2 ku yang bukan Muslim untuk bersama berada dalam agamaMu Ya Allah..ameen..~

Allah jua penentu segalanya..namun aku masih di sini..mencari..masih tak pasti..indah jika segalanya kerana Allah..pimpinlah aku Ya Allah..

p/s: aku memohon maaf atas segala kesalahan yang aku lakukan sama ada sengaja atau tidak..:)

Wednesday, April 13, 2011

happy day..:)

hari ni sangat dinanti-nantikan untuk sem 6 iaitu hari last viva..haha..viva traffic..seperti yang dirancang..kami pergi ke school dalam pukul 2.30 pm..then dalam pukul 3..group members aku yang lain pon sampai..iaitu gang2 tn..ok..

lepas tu..dalam pukul 3.30 pm..kami decide siapa yang akan masuk dulu untuk viva..lepas tu kami decide aku, mak lang, kak ira, and lina untuk gang kami..then..untuk gang chinese pulak..mereka suruh lau and tn masuk dulu dengan kami..huhu..masa tu sedih sangat..ingatkan oppa akan masuk dengan kami..sebab semalam masa kami nak viva..oppa yang akan masuk dulu..tapi kan cancel semalam..tapi tak pe la..terima je..kami sedang tunggu group yang sebelum ni keluar..bosannya..!!

then, dalam 3.45 pm..group sebelum aku pun keluar..mereka ada bagitau la apa yang Dr tanya..then aku ambil la dengar la sikit2..hehe..tiba2..kami 4 orang dah masuk..tinggal 2 orang lagi sebab nak cukupkan 6 orang..ok..sorang lagi fatin yang masuk..tiba2 aku tengok oppa macam nak bukak kasut je..haaaaaa..~oppa masuk sekali..EXCITED..!!:p

then masuk dalam bilik Dr..semua relax dulu..hehe..sebab Dr pun sibuk dok main computer..then ada orang call..dalam 10 minit gak kot duduk saja2 dalam bilik Dr..haha..(dalam hati biarlah duduk macam tu dalam 30 minit pon tak pe..hehe..)

1st turn ialah kak ira..then mak lang..aku yang ketiga..hehehe..soalan Dr biasa2 je..ermmm..oppa turn yang last..iaitu yang ke-6..hehehe..masa Dr tanya..fuhhh!! dia jawab dengan penuh confident..khusyuk tengok dia explain kat Dr..huh!! aku suka tengok dia jawab soalan..cara dia explain tu memang cool and steady la..hikhikhik..kalau aku dapat soalan tu la..apa yang akan aku jawab..?? memang dia ada personaliti untuk jadi engineer yang hebat la..

dalam 45 minit kot sesi kami habis..mengalahkan viva steel and timber pulak..hehehe..masa kat luar..aku tengok dia explain kat gang2 dia yang lain yang belum viva..hehehe..(sempat lagi tu..) mereka semua memang baik..gang mereka sepatutnya masuk group yang kedua..tapi mereka masih bagi peluang untuk syimah, ain n bee masuk dulu..padahal gang mereka dari tadi lagi tunggu kat situ..(macam tu tak bersyukur lagi ke kawan2 ku..?? mereka dah tolong kita banyak dah tau..tu pon nak cakap ko buat semua betol la..) masa kat luar bilik Dr..aku ada tanya kzh.."tak pe ke mereka masuk dulu..??u all kan datang dulu sini" then kzh jawab dengan senyuman yang comel tu " tak pe" semua gang dia gelak..hahaha..aku pon tambah "no more cute boy dah"...dia lagi malu2..kesian dia..

tiba2 aku dengar satu suara ni..aku rasa hsiang chuan..dia tanya aku.."semalam u ada post you are very cool oppa kat fb kan..??" hahaha..malu kot..dah la cakap depan2 oppa..aku apa lagi..dari duduk sembang2 terus bangun..and rasa macam nak lari turun terus je..*blushing*

lepas balik jumpa Dr megat, kami jumpa tn n oppa n yang lain..hehehe..then aku macam biasa la..suka usik tn..lepas tu mereka cakap tn nk pergi billion jap lagi..aku pun gelak2 je la..otw balik..lina ajak aku pergi parit buntar..katanya nak pergi billion and kfc..ok..aku ikut je..mula2 pergi kedai baju..lepas beli baju..pergi billion..tiba di pintu masuk billion..cesss..boleh pulak ada promotion durian kat depan2 pintu..dah la anti durian..alahai..sabar je la..masuk pun tutup hidung..geram!!

kemarahan aku hilang apabila..tetttttt..aku nampak someone kat dalam billion..ohh no..mereka datang betul2 la..ingat tadi cakap main2 je yang nak pergi billion..adeii..ok..pergi kat mereka and say hi la..hehehe..acara usik mengusik mestila berlaku kat sana..macam biasa..senyum je..hikhikhik..then mereka keluar n hilang entah kemana..aku n lina pergi kfc n terus balik..

mood: sangat2 happy today...:) :) :)

you are very cool..

dalam keadaan tegang hari ni kenapa kamu boleh cool lagi..?kenapa..?kenapa..? orang yang patut bengang, marah, berapi adalah kamu, oppa..tn and kzh..sebab pagi tu u all berdua dah bagi effort u all pergi ambil report yang salah tu dengan saya kat lib..and u all jugak la yang banyak curahkan ilmu u all untuk projek ni..tapi time tu kamu relax je..macam tak ada apa-apa berlaku..dalam keadaan tadi boleh lagi kamu senyum..and cuba tenangkan kzh yang sedang panas..then oppa..masa tu kamu memang cool la..kamu boleh lagi tanya "kalau Dr tanya mana kita dapatkan map tu..kita nak jawab apa..??haha..memang terbaik la..tapi masa tu nak tergelak pon ada jugak..haha..kan masa tu semua orang tegang..tiba2 ada seorang yang baik and sempoi macam kamu datang untuk tenangkan keadaan..ada jugak ye orang yang macam u..?? dah la baik..boleh kawal keadaan..and memang nampak cooooool sangat...who will be your wife later..??hmmm..very lucky that girl..

macam mana u all handle benda tu..??then kat cafe, u all relax je time tu..then boleh cakap lagi benda tu sikit je..padahal banyak kot benda yang kami buat silap..at that time..saya rasa terharu sangat..u know what, after i say sorry kat u all, then u all balik kan..masa tu saya tak boleh nak tahan air mata..terpaksa keluar jugak masa tu depan2 orang ramai kat cafe..saya tak percaya sebab wujud lagi orang yang sebaik u all dalam dunia..dah la kita lain2 agama dan bangsa..tapi u all still say that benda tu tak ada apa..sikit je..time tu i bertambah respect kat u all..

oppa..saya rasa saya makin like like kamu la..hahaha..and sekarang saya dah bertambah respect kat kamu..and sekarang saya masih tak boleh terima lagi kewujudan orang sebaik u kat dunia ni..u are my angel..^^

indah sungguh makhluk ciptaan Allah..have good manner, humble, respect others,handsome,clever,genius and semua lengkap la..hope one day u will be saudara sesama agama dengan saya..ameen..:)

Tuesday, April 12, 2011

HARI PALING SEDIH..:'(

hari ni second day untuk study week..huhu..malasnya nak study sebab sem ni 3 papers je..untuk budak yang ambil computer class..hikhik..for concrete student..sorry to say la..u all ada 4 papers..hahaha..hari ni pulak ada viva untuk project traffic..berdebar la jugak..huhu..

semalam aku message Dr Joe bila kami boleh buat viva..so Dr cakap "after 3 pm"..ok..then aku cakap kat groupmates aku yang viva lepas pukul 3..ok then we wait until 3 pm..tapi tak boleh buat viva lagi sebab one of our groupmate tak sampai lagi..dia balik rumah nun jauh di sana..kelantan..so have to wait for her la..

at 10.30 am..tn message aku..dia cakap dia nak balik report traffic yang kami buat sebab ada sedikit salah..ok..then pukul 11.30 am..oppa and kzh datang library untuk ambil report tu..then aku tanya la kat mana salah..dia pun tunjukkan tempat yang salah tu..huh..!!tempat tu kami tujuh orang yang buat..masa tu aku dah rasa nak menangis dah..benda senang macam tu pon kami boleh buat salah..selalu je susahkan tn and the gang..*sigh*..

aku ada message tn..aku cakap kita tunggu bee sampai...masa tu bee ada kat gerik lagi..maybe dalam 2 jam 30 minit lagi akan sampai..aku continue study traffic tapi x rasa selesa..maybe sebab berdebar nak viva..huhu..

tak habis dengan tu..another problem coming..huhu..dah hampir pukul 3 pm seperti yang dijanjikan..gang2 aku dah sampai kat school..kami tunggu kat depan office..then bee call one of them cakap dia dah sampai kat usm..aku ajak kak ira naik jumpa Dr Joe kalau2 kami boleh viva pukul 4..then Dr cakap kalau nak habiskan semua tak sempat..kalau 6 orang dulu masuk boleh la..tapi..kami tak bawak report..report ada kat tn..so..macam mana ye..??masa tu pening sangat..tak tahu nak decide macam mana..some of us nak viva sekarang..n some of us nak viva esok..then we decide tomorrow afternoon..

tapi suddenly gang2 tn pon sampai..aku terkejut jugak..sebab tadi decide nak buat esok je..then kenapa mereka datang jugak..then kalau tiba2 Dr cakap tak boleh viva hari ni macam mana..?kesian mereka datang jauh2..last2 viva cancel..so..hmmm..

kzh pon sampai..tercungap-cungap..maybe sebab naik tangga sampai aras 3..penat sikit kot..n masa tu dah nampak muka dia yang tak puas hati..aku dengan yang lain dah takut dah masa tu..tiba-tiba kekecohan berlaku di luar bilik Dr Joe..kzh marah kat bee..aku dengan yang lain pon terkejut..sebelum ni dia pendiam je..huhu..betol la orang cakap..orang yang pendiam ni kita x boleh ramal reaction dia..huhuhu..sekali dia marah..alahai.."no more cute boy dah" haha..

after that everything settle la..then oppa ajak kami masuk untuk viva..tup tup Dr cakap esok..alahai..kesian mereka..aku rasa masa tu mereka lagi bengang kot..huhu..sorry my friends..

semua benda ni aku yang menjadi punca..aku sepatutnya arrange masa dengan baik..aku sebenarnya patut suruh some of us buat viva dulu..tak payah tunggu bee..so..benda ni tak akan berlaku..huhu..sangat2 bersalah..2 kesalahan dalam satu hari..dan aku dapat rasa yang mereka amat menyesal group dengan aku..and will not take me as a group member again..huhu..sorry ya..aku banyak susahkan mereka..sejak aku group dengan mereka..mereka banyak terbeban..selalu buat masalah..dan aku malu and segan dah nak buat projek dengan mereka..sorry guys..next time..I tak akan group dengan u all dah..I tak mahu menyusahkan u all..sorry again..next project u all boleh happy2 dah..this is ur last project with me..for next sem..u all boleh buat project dengan happy2 dah..

*rasa amat2 bersalah dekat bee, tn and the gang..*
SORRY..SORRY..SORRY..SORRY..
i should put this song to this post..(akon-sorry, blame it on me)..walaupun lagu ni tak ada kaitan dengan this story..just to express the word..

p/s:cheer ye kzh..dun be so angry..no more cute boy la..^^


final exam dah tiba..

aku sekarang dah 3rd year..kejap je masa berlalu..aku rasa baru beberapa bulan je masuk usm..huhu..masa tu memang aku mengamuk nak masuk sini..alahai..sebabnya aku tak suka engineering ni..tapi gatal nak letak masa isi borang upu dulu..isk3..sebabnya 1st n 2nd choice aku tu aku letak pendidikan..kihkihkih..nak jadi cikgu tau.. 

masa tu family aku pujuk la..ermmm..then terpaksa la mengalah..kalau tak..nak pergi mana..??hahaha..kawen..?? ermmm..tak mungkin..lepas masuk sini..punya la tak suka belajar engineering sebab senior dah cakap susah..apa lagi..down terus la..tapi..still boleh continue kan..sampai la 3rd year..hohoho..tapi macam kejap je masa berlalu..


aku ada geng tau..pompuan saja..gang kami 6 orang semuanya..geng budak2 desasiswa jaya iaitu gang yang tak pedulikan orang lain..
tambah2 budak2 lelaki melayu yang satu course..aku pon tak faham kenapa...hmmm..tapi dengan budak chinese lelaki boleh masuk pulak..kehkehkeh..~
ada lecturer panggil kami gang kongsi gelap..macam funny je..hehe..lepas tu ada technician tu panggil kami gang pandu puteri..tapi kami tak nak sebab pandu puteri pakai skirt..seksi..kehkehkeh..so, kami tukar jadi gang puteri Islam..sopan sikit sebab pakai baju kurung..ngehngehngeh..

start 3rd year 1st sem paling best..masa tu aku baru kenal coursemates..hahaha..macam lucu pulak sebab 2 tahun berlalu tanpa mengenali coursemates..memang la kami kenal nama mereka..tapi jarang2 sembang n gelak2..masuk 3rd year baru la start nak bercakap n merapu-rapu..aku baru perasan..kami xpernah satu group dengan budak melayu lelaki..(kalau group pilih sendiri la..kalau lecturer pilih..kena terima la..hehe..) dan kami lebih prefer budak lelaki cina lagi..huhu..dunno y..tak ngam kot..tak pe..tak payah fikir la..

dan 3rd year jugak la aku kenal tn and the gang..sebab aku kan satu group dengan oppa..aku tak pernah jumpa lagi chinese friends yang sangat baik macam mereka..walaupun kami lain2 agama, tapi mereka tak pernah kedekut ilmu..kami banyak terhutang budi kat mereka..kalau time dekat nak final exam..kesian mereka sebab terpaksa menjadi tempat rujukan..tu la..time biasa..tak nak belajar..masa nak exam baru nak susahkan orang lain..huhu..sorry ya tn, oppa n kzh..ada tu sampai banyak kali call mereka..terutama tn..then ym..nasib la x buat webcam dengan mereka..hahaha..sebab kami tak faham soalan past year la..tak tahu nak cari solution question tu la..question ni la..aihh..sorry again tn..memang kami akan ingat jasa kamu semua..huhuhu..

ermmm..ada setahun lagi kan..memang tak lama pon setahun tu..pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan 7 tahun 2012..then kita grad bulan 9..macam sedih pulak..huhu..tapi kan..sekarang ni aku tak tahu la kenapa aku suka sangat ambil gambar kawan2..dalam lecture..masa buat project..buat design..rasa macam nak tengok selalu..dan rasa macam nak pergi jauh je..dan takkan jumpa lagi..hmmm..apa pun..all the best untuk semua..luv u all..and i will miss all of u..:'(

p/s: selamat menempuhi final exam untuk semua..!!^^





Sunday, April 10, 2011

one more year..


one more year..i will miss them..:(

last project for this sem..hmmm..






project kami yang paling last untuk this sem ialah traffic..project ni lecturer bagi 2 weeks before study week..n kena submit 13/4..so..agak kelam kabut jugak la..sebab last minit..tambah lagi dengan project steel and timber, geotechnical design..hmmm..

tapi alhamdulillah..malam ni kami berjaya siapkan semua...kami jadi jpj selama dua hari iaitu pada 30-31 hb 3 2011..kami jadi jpj dalam usm je..kat gate usm..hikhikhik..

thanx kat semua groupmates teik ning,oppa,zh kuan, hsiang chuan, han meng, xue li, lau, lee sing,cheow wei,kenny, syimah, ain, bee, fatin, mak lang, kak ira n lina sebab banyak bantu..

.......tapi malam ni masa last discussion macam tak best je..tak tahu kenapa..hmmm...:(


Saturday, April 9, 2011

Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

hari tu time buat steel design..aku ada bagi kat member chinese aku lagu ni..diorang dengar sampai gelak2..aku bagi kat tn and chi tung..hehe..
then..tn ada gtau aku..dia ada suruh rumate dia dengar..haha..smpai mereka gelak hingga panas..funny betol..then tn cakap one of his rumate sangat suka lagu tu..iaitu kzh..macam comel je dia minat lagu ni..haha..tn cakap dia siap cari lirik lagi..ni lirik ye kzh..haha..^^



Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya


Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

p/s untuk yang ada couple..yang single pon bleh dengar..hikhikhik..

Friday, April 8, 2011

today..my worst day..:(

my groupmate..thanx all..u all help me a lot..
other groups..
Dr Razip..


hari ni adalah hari yang aku rasa sangat teruk..pagi ada test computer..alhamdulillah..boleh jawab..
petang pulak ada viva steel n timber..viva yang paling aku tak suka..sejak dari viva rc design..arghhh!!tak suka..!!! ok..viva start pukul 3.00 pm..1st group is group kzh..memang best jugak group 1st and last ni..tak kena soal banyak2..hmmm..~

then group aku keempat last..group b4 aku kena soalan banyak jugak la..tapi mereka boleh jawab je..sebab mereka pandai..masuk time group aku pulak..macam susah je soalan..ermmm..~

Dr Razip:ok kenny..what are u doing in this project..??
Kenny: for my part..i do beam, column and connection for steel design..and for timber i did roof trusses..
Dr Razip: ok then..sit down..next person is khairul..bla..bla..bla..who want to help him to answer this question..
(Atikah raise up her hand)
Dr. Razip: next is atikah..can u describe about the connection beam to beam by using difference sizes..?? damn!! apa kau nak jawab ni..bukan aku yang buat part ni..arghhh!!! masa tu jawab memang tak confident langsung..sampaikan my friend cakap.."tikah, jawab confident je walaupun salah"..macam mana nak jawab confident..sebab memang no idea time tu..ingatkan satu je soalan bagi..ada lagi..aku jawab la..we cut the bigger beam to make a notch..err..no no..the small one..then we can connect both beam together..
Dr Razip: u used plate in ur connections..?? aku fikir..kalau part yang aku buat memang tak ada..tak tahu la pulak part orang lain..so..terpaksa la sekali lagi aku pandang member aku kat sebelah..dia cakap ada..
Me: yes..we do..
Dr Razip: can u describe what things that have when u connect them..
Me: hmmm..of cos plate..then bolt..hmmm..then we use screw to connect the plate to the beam..
Dr Razip: screw..??
Me: ermmm..no no..bolt..just give a fake smile to Dr..huhu..
Dr Razip: do u think thid group was copying senior design..
All: no!!!
Dr Razip: ermm..do u think this group is quite suspicious..??
All: No!!! (THANX FRIENDS for answering that questions..really appreciate it)..at that time..aku rasa macam nak nangis sebab semua backup me..thanx again..
Dr Razip: anyone get question to ask her..??cesss..!!at that time..i just nodding my head to others..huhu..y me..??ermm..kah beng ask me a quest..
Kah Beng: which one has more load between long term, medium term and short term..
Me: short term..
Dr Razip: ok..that all..fuhh!!relief..but im not satisfied wif my answer..huhu..now feel down..and tonite i need to take more sleep..dun want to think about it..just accept any possibility..huhuhu..rasa macam bodoh je..mesti kawan2 yang lain cakap macam tu jugak kat aku..huhu..ermm..xpe la..nak buat macam mana..memang bodoh pon..:( sebab suka susahkan groupmate aku..
hope everything will be ok..

p/s: thanx to tn bcos make me happy by telling about him..:)
kepada my groupmate..sorry kalau result u all teruk sebab viva ni..:(

Thursday, April 7, 2011

aku..test..viva,design and exam..

steel n timber design
lab test
selalunya student u ni ada study week..exam week..ermm..sama la macam aku..tapi aku dan kawan2 3rd year yang amik civil engineering kat usm ada test week u know..aihh..kalah exam week..tiap2 hari tau test..exam pon siap ada gap 2 or 3 hari..ni test tak de langsung gap..tu tak kira dengan test yang ada 2 kali sehari..aiyo..boleh pusing ini kepala..

esok tinggal satu test lagi..huhu..tapi tak pe..test computer je..macam senang..tapi ermmm..harap2 senang lan kan..lepas test pulak ada viva untuk steel and timber project..cuak kot..huhu..tapi yang viva ni lagi best..semua group masuk dalan satu bilik...macam mana entah la dia punya viva..hehe..

lepas viva, tak leh nak study untuk final lagi sebab traffic project tak siap lagi..aiya..bab buat traffic projek ni la paling best..sebabkan..tettttt..ok..stop..hehehe..macam excited pulak nak sampai hari sabtu malam ahad..nak buat projek tu..kikiki..~

tapi walaupun esok ada test..tak boleh study untuk test sebab design foundation yang geotech tak siap lagi..adoii..pening la..time2 ni la banyak kerja kena buat..huhu..tapi today sangat happy sebab we do meeting for traffic project although it just a few minute..hehe..

when he explain to us about how to do that project..wahhh..so nice..like a profesional engineer..hehe..memang betul la apa Dr. cakap time viva geotech hari tu..hehe..nice!!
lagi satu..handsome sangat..hahaha..tettt..!!

hari ni kan test timber..dia duduk area aku jugak..lepas tu kelas traffic..dia duduk depan aku tapi sebelah hujung..tapi tak pe..sempat pandang2.."boleh pandang2..jangan pegang2..duduk renggang2..bertambah sayang.."..haha..lagu bila berpacaran..kahkahkah..~

ok..itu je..kena buat design foundation dulu..huhu..n tunggu sapa yang siap..nak copy bleh..??:P

Tuesday, April 5, 2011

my usm life..:)

actually usm life ni best jugak la..tapi certain waktu tu menyebabkan aku sangat tak suka dengan cara usm..arghhh!!!time 1st year and 2nd year best lagi la..boleh enjoy lagi orang kata..haha..tapi bila dah masuk 3rd year..huh!!! tensionnya..

before this senior dah cakap yang 3rd year sangat2 busy..hmmm..betol ke..?kalo nak tahu betol..naik 3rd year dulu..memang betol la..sangat2 busy..tapi yang peliknnya..time dekat nak exam..time tu la nak suruh hantar design..test..viva..huh!!ada pulak lecturer bagi projek baru 2 minggu sebelum study week..grrrr!!

tapi tak pe..yang penting buat dengan ikhlas ye!!haha..
minggu ni ada 5 test..start hari selasa sampai jumaat..rabu siap ada 2 test lagi..aigoo..~
dan minggu ni nak kena hantar projek geotek dengan design steel and timber..memang sangat kelam kabut..tu tak cakap pasal viva lagi..

last week ada viva untuk geotech design..hehe..korang leh guess tak aku group dengan sapa untuk projek ni..??haaaa..mesti la dengan CCW..hehe..
tapi aku sedih dengan kawan2 ak..mereka kata aku gatal sebab nak masuk group oppa..sebab ada oppa..huhu..sebenarnya tak..masa tu semua gang aku dah dapat ahli group..tinggal aku sorang je yang tak de..dah la time pilih group tu aku kelam kabut nak g kelas computer..mana sempat nak cari orang lain..group ni kena campur dengan lain2 bangsa..
time aku nak g kelas tu..gang ccw tanya aku dah ada group ke tak..so..memang aku tak de group lagi..huhu..so..plis la faham my frens..aku bukannya sengaja masuk..tapi aku fikir korang dah ada group..so..aku terima je la..dont blame me n call me gatal ye..!!
huhu..

nak dijadikan cerita..aku sorang je pompuan dalam group tu..lagi satu aku sorang je melayu..erm..memang mencabar la..dah la aku ni group dengan gang2 scorer..segan kot..
tapi diorang memang baik..sangat2 baik..banyak tolong aku..before starting our project..aku berdebar jugak..dah la aku tak pandai guna geoslope..huhu..alhamdulillah..setelah hampir sebulan siapkan projek tu..akhirnya kami dapat siapkan projek tu..dan dah viva last week..memang u all great la..dapat bintang dari Dr..hehe..thanx a lot my groupmates..

hidup tak aman lagi ni sebab belom viva steel and timber and project traffic belom siap lagi..huaaaa..~

p/s: projek traffic buat lambat2 pon xpe..sebab leh jumpa oppa lagi..:p

Monday, April 4, 2011

civil life @ USM..

Actually ak dah malas nak edit blog ni..tapi sebab my chinese fren give me this idea..n i think it is very nice idea..haha..ak letak nama dia tn la..senang..nanti kalo letak full name..sume cari sapa tn ni plak..kahkahkah..~

actually ak ada setahun lagi nak grad..then kuar usm..dah xleh jumpa kawan2 civil especially that guy..haha..gila la ko tikah..boleh pulak minat chinese guy..ramai lagi malay guy..tapi..malay guy x hensem n baik cam dia..hoho..nama dia teeetttt..xleh gtau..tapi aku panggil dia oppa je k..kwan tn..

hari ni ak wat hal..pergi curi2 tangkap gambar dia pulak..sampai aku tertangkap dengan tn..adoi..tapi tak pe..tn je yang tahu..yang lain tak tahu kot..hoho..

Actually selama tiga tahun baru aku perasan kewujudan dia..sebelum ni kenapa tak nampak ye..?hurrmmm..aku kenal dia pon sebab satu group untuk RC design..kalau kawan aku tanya sapa group member aku untuk RC design..aku tak ingat pon nama dia..tak pernah dengar..teruk kan..??tapi tiap kali masuk kelas tutorial n need to discuss about our project, dia yang start menyapa kami..senyum kat kami..hehe..masa tu dia dah tunjukkan ke'genius'an dia..haha..tapi aku still tertanya-tanya sapa la ccw ni..sehingga la aku tengok nama dia kat board civil depan ofis..yang dapat dean list setiap sem..huh!! group member aku top student rupanya..masa tu aku memang terkejut giler ar..macam mana la aku tak tahu..
aisehh..~

kalo tak..dah banyak kot gambar candid aku ambil..tetttt!! actually aku pon tak tahu kenapa minat dia..padahal tak sama religion..aiya..tapi tak pe..sekadar admire dia sebab baik..has good manner..pandai..HANDSOME(korean look u know..)..hahaha..aku tak nak share gambar dia..nanti korang minat dia pulak..hahaha..wekkk..:p

one day ak panggil dia oppa..(drama korea lak..sebab dia kan macam korea..haha..)..oppa tu aku anggap macam adik dengan abang la..tapi sejak jadi my oppa..dia dah jadi famous dalam kalangan malay girls..aku pun pelik..sebelum ni tak de pulak orang lain yang pernah satu group dengan dia cakap pasal dia..haiihh..tapi orang lain tak boleh panggil dia oppa..amaran keras!!! hahaha..

tapi sapa yang satu group dengan dia memang beruntung la..dah la pandai..tak kedekut pulak tu..korang tanya je soalan..confirm dia boleh jawab..haha..dia dah macam buku dah..tempat rujukan..kekekeke..~

p/s: kepada tn..jangan share ngan orang lain ye..haha.
.